rama-rama

'stiff neck' atau dalam bahasa melayu nya 'sengal leher' atau 'sakit leher'....


Pagi ne memang leher saya terasa sakit dan sengal sangat. Semua di sebabkan menyahut cabaran seorang ustaz muda dari UIA yang telah mencabar jemaah yang diceramahnya semalam untuk mencuba berjalan sambil mendongak atau melenggak ke atas selama 15 minit. Ini kerana kata beliau kita biasa berjalan pandang kedepan atau ke bawah dan jarang berjalan sambil memandang atau mendongak ke atas....cubalah kalau ada kelapangan. Memang sengal dan menyakitkan!!


ustaz itu tak serius suruh kita cuba..dia cuma buat contoh untuk mengetengahkan poin ceramah dia. Tapi lepas kita cuba, poin yang cuba diketengahkan terus menusuk kalbu!


Poin nya, setiap kali kita merenungi nasib atau kehidupan seharian kita, janganlah kita merenung keatas kerana ia akan membuatkan kita sakit & sengal.. tidak puas hati akan nasib dan apa jua yang kita ada, tetapi jika kita melihat kebawah, nescaya kita akan amat bersyukur akan segala limpah kurnia dan rezeki yang kita ada. Contohnya, kalau kita hanya mampu pakai kereta Proton Saga, janganlah kita lihat dan bandingkan nasib kita dengan mereka yang pakai Ferrari...memang kita tak puas hati dan dengki, tetapi dengan penuh kesyukuran, lihatlah mereka yang di bawah, yang tidak mampu memiliki kereta, yang hanya mampu berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam.


Kita mesti senantiasa bersyukur dengan segala rezeki dan pemberian dari Allah Ta'ala..kerana setiap kali kita ingat kita susah, ada lebih ramai yang lebih susah dari kita. Se kurang kurangnya kita bertuah kerana masih dapat menikmati makan minum yang cukup, pakaian yang sempurna, anak anak masih boleh kesekolah dan dikelilingi oleh ramai orang orang yang menyayangi kita..Alhamdulillah!!


So...setiap kali terlintas di fikiran kita yang kita tidak bernasib baik atau kekurangan berbanding dengan orang lain, cubalah berjalan sambil mendongak/melenggak ke atas.....


Labels: , edit post
2 Responses
  1. izzati noris Says:

    tapi dalam pelajaran tak boleh macam tu kan?


  2. rama-rama Says:

    pelajaran dan pencarian ilmu itu satu tanggung-jawab..malah ia adalah satu tuntutan Islam...ia tak akan tamat sehingga ke akhir hayat. Apa pun kita mesti usaha dan memastikan yang kita benar benar telah memenuhi kehendak serta tanggung jawab kita dalam pelajaran.

    Dengan segala kemudahan yang ada dan tersedia, orang yang malas saja yang tak boleh berjaya dalam pelajaran..InsyaAllah.


Post a Comment