rama-rama

saya seronok tengok rancangan 'jalan jalan cari makan' yang di siarkan di TV3. rancangan yang membawa anda mengembara bersama hos maria tunku sabri, berjalan ke merata ceruk negara dan singapura, mencari makanan yang enak enak serta restoran-restoran menarik untuk di promosi.


saya kurang pasti bagaimana pihak TV3 memilih restoran untuk di promosi, sama ada berdasarkan makanannya yang sedap dan berkualiti atau pun pihak restoran di kehendaki membayar kepada TV3 untuk di promosikan.


yang jelas, semua makanan/tempat yang di promosi berkualiti dan sedap menurut maria tunku sabri... apa taknya - tiap kali menghadapi hidangan, "gelojohnya" tak terhingga, dan akan disudahi dengan signal 'good' oleh ibu jari montok nya itu.


apa yang ingin saya perkatakan ialah status restoran/makanan yang di promosi kan..ada kah makanan makanan ini 'halal' serta mendapat pengesahan dari pihak berwajib?..kerana program ini nampaknya tidak pernah memberikan penekanan keatas status makanan yang dipromosi kan.


memandangkan majoriti penonton serta target market program ini adalah orang melayu dan Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab bagi TV3 untuk lebih perihatin dalam perkara ini.
TV3 perlu memastikan status 'halal' restoran/makanan yang akan di promosi kan melalui rancangan ini di tauliahkan oleh badan berwajib saperti JAKIM.


untuk pengetahuan, ramai penonton penonton TV3 yang inginkan pentingkan informasi berkenaan status 'halal' sesuatu outlet itu, maka respons terhadap rancangan ini akan meningkat jika sekiranya informasi tambahan ini dapat diberi oleh TV3.


dan kepada maria tunku sabri....makan tu elok lah sikit...kurangkan gelojoh tu...
0 Responses

Post a Comment