Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts
rama-rama
happy birthday
fatin izzati



Semoga di berkati Allah senantiasa!!
rama-rama
14 februari, 2010, sempena cuti tahun baru cina, clan merican telah membuat perancangan untuk pergi berkelah di air terjun sungai chiling. Yang sebenarnya telah lama dan sudah banyak kali kita orang plan nak pergi tapi setiap kali ada je yang menjadi penghalang. So, kali ini kita bulatkan hati untuk pergi.

Awal pagi lagi kami berkumpul di rumah Mami Mariam di Sri Damansara dan kami bertolak ke Chiling pada jam 7.30 pagi. Oleh kerana perjalanan ke air terjun Chiling melibatkan 'jungle trekking' dan 'river crossing' (trek sejauh 3km), semua di wajibkan membawa back pack sendiri, yang mengandungi persalinan serta bekalan makanan & air minuman. Kak Da dah sediakan food pack yang mengandungi sebungkus nasi lemak, sekeping roti canai, kuih, limau mandarin dan mineral water.

kami memilih untuk melaui jalan lama melalui templer's park, rawang, serendah, batang kali, ampang pecah dan kuala kubu sebelum sampai ke stesyen renjer untuk ke air terjun sg chiling, yang terletak di tepi jalan lama untuk ke bukit fraser.

kuala kubu - tenang di awal pagi

pemandangan menarik Empangan Ulu Selangor

stesyen renjer - permulaan trekking

lakaran peta trekking 

tiba di stesyen renjer, semua di minta mendaftarkan diri dan di kenakan bayaran RM1.00 se orang. di tepi tepi sungai disekitar stesyen renjer, di sediakan tapak perkhemahan serta kawasan lapang untuk menjalankan aktiviti. Bayaran sebanyak RM4.00 dikenakan untuk 'camping' 2 hari 1 malam. Surau dan tandas awam juga di sediakan. Selepas pendaftaran, renjer memberi taklimat mengenai 'dos & don'ts' sepanjang perkelahan di air terjun. Memandangkan kawasan tersebut merupakan "fish sanctuary" maka penekanan di beri kepada larangan memancing serta menggangu habitat ikan di situ. Diberitakan lebih dari 250,000 ekor anak ikan telah dilepaskan kedalam sungai tersebut. Selepas taklimat, kami pun terus memulakan perjalanan masuk ke air terjun sungai chiling, perjalanan melalui belukar dan melibatkan lintasan sungai sebanyak lima kali. Oleh kerana jumlah kami yang ramai, dengan kanak kanak serta orang orang yang agak senja saperti saya, maka perjalanan untuk sampai ke air terjun memakan masa agak lama ia itu lebih kurang 1 jam 15 minit.

trekking 

5 lintasan sungai perlu di harungi

perjalanan masuk agak menarik tapi memenatkan. selain river crossing ada juga tempat dimana ada sedikit pendakian serta halangan saperti pokok besar yang tumbang serta lopak lopak air. Tetapi semua rasa kepenatan hilang apabila tiba saja di air terjun. Se telah mendapat 'spot' yang sesuai, kami pun terus buka beg dan mengeluarkan makanan.....maklumlah, kepenatan berjalan membuatkan kami terasa teramat lapar...

pemandangan pertama air terjun

sampai sampai makan dulu



birthday girl - happy birthday mama

selepas makan, semua menyerbu masuk ke air terjun.....air nya yang amat sejuk dan nyaman mengembalikan kesegaran kepada tubuh badan yang tadinya amat kepenatan. Selain mandi manda, kami juga teruja dengan ikan ikan yang banyak dan jinak...kami jamukan ikan ikan dengan roti canai.

air yang amat sejuk








memberi makan ikan - roti canai beb!

mamu dah kepenatan

depa ni tak mau balik...

'awesome'

macam biasa - tangkap macho!

setelah puas mandi-manda dan berseronok, tiba masa untuk pulang. Kami target mesti keluar dan tiba balik di stesyen renjer se belum habis waktu zohor...agar dapat solat di sana. Saperti biasa, si anak anak kecil agak liat untuk balik.....


'trained sweeper'

lintasan sungai - perjalanan balik


keadaan saya tak begitu baik semasa perjalanan pulang....kaki dah sakit dan membengkak!!..baru teringat,..malam tadi saya makan lamb chop serta tumpang sekaki tomyam udang dan sotong yang kamil makan. Maka penyakit ghout dah mula menyerang...!! ..maka terpaksa lah hero yang dua orang ne (gambar bawah) mengiringi dan membantu di sepanjang perjalanan.

posing untuk 'profile picture'

walaupun penat, perkelahan kali ini memang berbaloi...dan kami sudahpun membuat perancangan untuk kembali.......mungkin kali ini untuk 'camping' sekali.

Untuk keterangan lanjut mengenai Chiling Waterfall, semak : http://waterfallsofmalaysia.com/51chiling.php
rama-rama
14th. february
mama

rama-rama
14th. january
 jehan soraya


rama-rama

'stiff neck' atau dalam bahasa melayu nya 'sengal leher' atau 'sakit leher'....


Pagi ne memang leher saya terasa sakit dan sengal sangat. Semua di sebabkan menyahut cabaran seorang ustaz muda dari UIA yang telah mencabar jemaah yang diceramahnya semalam untuk mencuba berjalan sambil mendongak atau melenggak ke atas selama 15 minit. Ini kerana kata beliau kita biasa berjalan pandang kedepan atau ke bawah dan jarang berjalan sambil memandang atau mendongak ke atas....cubalah kalau ada kelapangan. Memang sengal dan menyakitkan!!


ustaz itu tak serius suruh kita cuba..dia cuma buat contoh untuk mengetengahkan poin ceramah dia. Tapi lepas kita cuba, poin yang cuba diketengahkan terus menusuk kalbu!


Poin nya, setiap kali kita merenungi nasib atau kehidupan seharian kita, janganlah kita merenung keatas kerana ia akan membuatkan kita sakit & sengal.. tidak puas hati akan nasib dan apa jua yang kita ada, tetapi jika kita melihat kebawah, nescaya kita akan amat bersyukur akan segala limpah kurnia dan rezeki yang kita ada. Contohnya, kalau kita hanya mampu pakai kereta Proton Saga, janganlah kita lihat dan bandingkan nasib kita dengan mereka yang pakai Ferrari...memang kita tak puas hati dan dengki, tetapi dengan penuh kesyukuran, lihatlah mereka yang di bawah, yang tidak mampu memiliki kereta, yang hanya mampu berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam.


Kita mesti senantiasa bersyukur dengan segala rezeki dan pemberian dari Allah Ta'ala..kerana setiap kali kita ingat kita susah, ada lebih ramai yang lebih susah dari kita. Se kurang kurangnya kita bertuah kerana masih dapat menikmati makan minum yang cukup, pakaian yang sempurna, anak anak masih boleh kesekolah dan dikelilingi oleh ramai orang orang yang menyayangi kita..Alhamdulillah!!


So...setiap kali terlintas di fikiran kita yang kita tidak bernasib baik atau kekurangan berbanding dengan orang lain, cubalah berjalan sambil mendongak/melenggak ke atas.....


rama-rama


diadakan di pulau pinang dari 24 - 27 disember, 2009

peserta:
mak cak teh (alone..why???),
mamu shim, mami moriani, mastura & ismail;
mami yam, mamu aziz, amalina, dalila & harith;
mamu ba, shazlin, fayakish, eka & nasya;
mamu cop, mami yatie, ikhlas, haziq, iman & yaya;
mimin & harith;
mami are, mamu is, jehan, fatin, kamil;
mamu din, mami aida, amirul, nana, nina & omar;
danil & anis
tok bibi, yusof & aisyah.

absentee:
 with excuse; hadi
 no reason; uncle hussein & danial adam

guest:
ton & siti
keluarga mami yatie
uncle lan (penyanyi jemputan) & family

keluarga dari penang;
keluarga aci amy
keluarga nana ishak
keluarga nana ekan
keluarga aci ma
keluarga nana non
keluarga mi yueh






gambar chalet LKIM dan pemandangan depan chalet

semua yang dari kl menetap di chalet LKIM di telok bahang;
kami check-in di sambut dengan lagu tamil
mamu din dah mula menunjukkan bakat beliau menghayati lagu itu;
check in kami bermasaalah;
kerana rupanya ada masyarakat yang enggan check out;
kelly ng & gang ni dah mula nak potong steam kami....
kami bla pg miami beach makan laksa
tinggal mamu cop untuk menyelesaikan masaalah



fed-up sebab x dapat bilik..

selesai makan mamu cop call
masaalah dah selesai, dah di ganti dengan bilek lain
kelly ng masih enggan keluar!!


yang ini bukan kelly ng!!..but our own mamu din sedang relax kat miami beach

bilek ok, parking ok, basic facilities pun ok;
yang tak ok nya hanya pantai yang kotor.
kalau kotor secara semula jadi tu bolehlah diterima,
 tapi ni kotor kerana sampah sarap buangan manusia;

jadi masyarakat merican yang perihatin ni sampai sampai jea buatlah gotong royong membersih pantai;
masa tu pun dah petang
malangnya, esok pagi pantai yang dibersihkan itu kembali kotor;
di kotorkan oleh kelly ng & gang yang berBBQ dan mabuk2 malam tadi.

aktiviti:
berbagai aktiviti diadakan;
merican idol, sukanneka, sand castle building contest,
karaoke, aerobics, BBQ
tazkirah pun diadakan atas kelolaan mamu aziz.



pemenang merican idol, ismail & mastura jackson



kumpulan 'singkong' dari indonesia


encik aziz kita ni, korek lubang tu buat sand castle ke buat 'projek'??


projek pengairan oleh engineer UIA...
dengar cerita belum siap dan musnah oleh tsunami..hehe
makan:
when it comes to what matter most to this clan, especially when in Penang..
mestilah makan!!!
sampai jea lunch kat mak lan di tanjung bunga;
nak check-in tak dapat bilek...good excuse to turn back for laksa @ miami beach;
laksa xde so belasah rojak buah, jagung bakar & ais krim goyang!!
dinner..nasi kandaq kampung melayu.
next day after aerobics lead by harith & danial - breakfast ...serabai & roti canai
lunch!! haha..percaya tak??
kita bawak stall mamak mee datang 'goreng-on-site'
ada mee, mee hoon, koay teow goreng mamak;
mee rebus, pasemboq & rojak mee.



ini stall kita punye!!! 
minum petang, uncle lan sponsor cucuq udang kepai,
wife dia masak...sedap!!
mami yam & mami are tapau ais kacang dari penang road.
dinner BBQ, .. semua keluarga dari penang pun join sekali






next morning...hari nak check-out
pagi pagi dah keluar cari pantai yang bersih
mami yam & mami are gian nak mandi;
lepas mandi breakfast - nasi tomato.
tapi ada jugak yang miss..tak cukup masa nak makan!!
miss laksa tg tokong, char koay teow gurney drive, mee udang sg. dua & ikan bakar kepala batas.
apa apa pun terima kasih kpd mamu ba & mamu non for the food & meals arrangement;
terima kasih uncle lan kerana meminjamkan karaoke set & sponsor cucuq udang;
kita orang tau uncle lan memang enjoy punye!!


& last but not least to fatin, jay, da, lina & lin
congratulations and thank you for the organization.
the gathering mencapai matlamatnya..mengeratkan silaturrahim keluarga merican!!



sillaturahim yang paling erat sepanjang gathering..hehe!!
already planning for next year gathering....
di mana agaknya ya!???
ke pantai lagi??...atau ke bukit bukau..hutan belantara??
mungkin ketepi tasik...
atau ke bandaraya besar untuk bershopping??

tungguuu.....
rama-rama
mmmm....keputusan rasmi PMR 2009 akan di umumkan pada hari Khamis 24 Disember, 2009.


patutlah muka si Kamil nampak ketat dan nervous jea...


apa apapun harap Kamil dan sepupu sepupu nya yang empat (4) orang lagi tu akan mendapat kejayaan, insyaAllah!


nampak tak kau dapat berapa????



muka confident!!
Labels: 0 comments | edit post
rama-rama


















majlis kesyukuran sempena perkahwinan ahmad danial & norhanis aida telah selamat di sempurnakan pada 1hb. November,2009 bertempat di Vintage Ballroom, Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor.
















.......di ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!! .....SEMUGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT!!!