Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts
rama-rama
di petik dari : CAHAYA HIDAYAH

Elak perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda dengan 
Ø  Kurangkan makan bawang besar
Ø  Kurangkan makan berempah
Ø  Kurangkan makan ketumbar kering
Ø  Kurangkan menonton hiburan
Ø  Kurangkan membaca majalah hiburan
Ø  Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Ø  Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Ø  Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Ø  Jangan makan kepala ikan
Ø  Jangan minum air yang ada semut
Ø  Jangan tidur selepas subuh
Ø  Jangan tidur selepas asar
Ø  Jangan tidur selepas makan
Ø  Jangan makan terlalu kenyang
Ø  Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Ø  Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Ø  Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Ø  Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Ø  Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan
Ø  Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Ø  Selalu makan makanan yang panas2
Ø  Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Ø  Selalu minum air masak
Ø  Selalu makan ulam2
Ø  Selalu mengamalkan pandangan hijau
Ø  Selalu bersenam
Ø  Selau menggunakan imaginasi otak
Ø  Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Ø  Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Ø  Jangan ego
Ø  Jangan dengki pada orang lain
Ø  Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Ø  Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Ø  Jangan makan makanan yang ada pewarna
Ø  Jangan makan makanan yang ada pengawet
Ø  Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Ø  Jangan mandi selepas 9.00malam
……dan yang paling penting dibawah ini……..
selamat beramal…..
 
v  Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. 
Kalau tertidur lain cerita.
v  Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas  kaki (selipar). 
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
 mengotori seluruh rumah kita.
v  Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. 
Makruh kerana ia membahayakan.
v  Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. 
Makruh dan mewarisi kepapaan.
v  Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal 
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
 berkat).
v  Jangan makan tanpa membacaBISMILLAH dan doa makan. 
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
v  Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. 
Takut-takut kita mati dalam
 perjalanan.
v  Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. 
Makruh dan mewarisi kepapaan.
v  Jangan biarkan mata liar di perjalanan. 
Nanti hati kita gelap
 diselaputi dosa.
v  Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
v  Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
v  Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
v  Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.    
Nanti kita sombong apabila berjaya. 
Kalau gagal kecewa pula.
v  Jangan bakhil untuk bersedekah. 
Sedekah itu memanjangkan umur
 dan memurahkan rezeki kita.
v  Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
v  Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah 
ciri-ciri munafik dan
 menghilangkan kasih orang kepada kita.
v  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa 
makhluk yang teraniaya
  cepat dimakbulkan ALLAH.
v  Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama
 dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
v  Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. 
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.


“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” 
(Sabda Rasulullah SAW)




rama-rama
Petikan dari : Yusuf Mansur Network


Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)


Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam



akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.
rama-rama
rama-rama

rama-rama
Ramadhan & Hari Raya Aidil Fitri
kecoh:
bekalan gula di pasaran tak cukup;
tepung tak cukup;
minyak masak tak cukup;
harga ayam naik melambung;
harga telur ayam naik melambung!!!!


Gong Xi Fa Cai
senyap:
bekalan gula melambak di pasaran;
tepung melambak;
minyak masak melambak;
harga ayam di tahap terendah;
harga telur ayam di tahap biasa...


tiada kecoh dan bunyi bising,
tentang kekurangan bekalan;
yang bising cuma bunyi mercun
yang di bakar hingga ke larut malam;


...pun tiada bunyi bising dan tangkapan;
walaupun jelas mengganggu ketenteraman!!!
rama-rama
sekarang hampir semua orang menyertai 'social web site'
sama ada join facebook, myspace atau friendster
macam macam yang orang tulis dalam 'site' ini
ada yang mengeluh, marah, sedih, gembira
ada yang gunakan 'site' untuk melakukan temu janji,
networking & mempromosi perniagaan.

juga site ini ada banyak online game
ada mafia wars, farmville dll.,

tapi ada juga orang yang bangang ketika menggunakan kemudahan ini;
contoh si minah di bawah ni;
mengeluh dan membebel pasal kerja dan keaadaan di pejabat;
maki hamun dan mencemuh boss dalam facebook;
tak disangka, boss sampai menjenguk,
dah kantoiii.......


ulasan : berhati-hati dengan apa yang ada tulis dalam 'social web-site' saperti facebook, myspace & friedster kerana anda tidak tahu sejauh mana networking akaun anda. Mungkin mereka yang tidak anda sangkakan boleh melayari akaun anda.
rama-rama
the most 'over-rated' password in Malaysia today;
"mokhtar"


baca sini , sini &  sini
Labels: 0 comments | edit post
rama-rama


kisah mengenai seorang hartawan;
sedang memandu kereta besar nya;
berhenti di 'traffic light' kerana lampunya merah;
datang seorang peminta sedekah mengetuk tingkap keretanya;
lalu dia membuka dompetnya;
di lihat susunan wang di dalam dompetnya;
ada wang RM100, RM50, RM10, RM5, RM1 dan duit syiling 50sen;
lalu dia mengeluarkan syiling 50sen dan di beri kepada peminta sedekah;
peminta sedekah bersyukur dan mengucapkan terima kasih;
lampu hijau dan hartawan meneruskan perjalanan.


masuk waktu solat 'asar;
hartawan singgah di masjid untuk solat;
selepas solat hartawan berdoa;
"ya Allah! ampuni lah dosa ku, serta tingkatkan amalan ku!
Aku tadi telah bersedekah ya Allah, jadi murahkan rezeki ku,
serta kurniakan ku tempat di syurgamu ya Allah!"
sedang berdoa, hartawan merasa di cuit di bahu oleh seseorang;
lalu hartawan menoleh..rupa rupanya dia dicuit malaikat;
lalu malaikat berkata;


"salam saudara!!..parking kat TESCO pun dah RM1.00;
takkan sedekah 50sen nak parking kat syurga kot!!!"


**********************


ulasan : memang lumrah manusia..memberinya sedikit tetapi selalu mengharapkan balasan yang berlipat ganda...


rama-rama
di kisah kan bahawa 'pinnochio' watak katun terkenal disney;
hidung nya akan tumbuh dan bertambah panjang setiap kali dia bercakap bohong.


cuba bayangkan kalau hidung kita akan tumbuh dan bertambah panjang;
setiap kali kita 'meninggalkan solat'....





rama-rama
The Sultan of Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, passed away at the Puteri Specialist Hospital here at 7.08pm on Friday, Jan 22,2010. He was 77 years old.


Al-Fatihah
Labels: 0 comments | edit post
rama-rama
ilmu itu bukan milik persendirian
tetapi amanah dari Allah Ta'ala
untuk dikongsi dan di sebarkan kepada semua
rama-rama

al-kisah di zaman dahulu kala,

se orang fakir miskin pergi ke pasar untuk membeli daging unta
lalu apabila sampai terus berbicara dengan si penjual daging
"wahai Tuan hamba, saya ingin membeli dua bahagian daging unta yang paling murah harganya"
lalu si penjual pun memberikan bahagian lidah dan hati unta kepada si fakir. Si fakir pun membayar dan terus pulang.


telatah si fakir dan si penjual telah diperhatikan oleh seorang hartawan:
yang juga ingin membeli daging unta dari penjual yang sama..lalu berkata;
"saya ingin membeli dua bahagian daging unta yang paling mahal harganya yang tuan ada"
lalu si penjual pun memberikan bahagian lidah dan hati unta kepada si hartawan.


si hartawan terpinga-pinga, terkejut ....dan blurrr tahap maksimum!!!!

rama-rama
you got gotcha-ed on national radio
millions of people were listening


and you said 'thank you'...????
rama-rama
baru lepas nonton tv;
astro AXN, channel 701;
cerita : the da vinci code;
dialog : "actually, I have a plan";


sub-title : "saya ada kapal terbang"
rama-rama

'stiff neck' atau dalam bahasa melayu nya 'sengal leher' atau 'sakit leher'....


Pagi ne memang leher saya terasa sakit dan sengal sangat. Semua di sebabkan menyahut cabaran seorang ustaz muda dari UIA yang telah mencabar jemaah yang diceramahnya semalam untuk mencuba berjalan sambil mendongak atau melenggak ke atas selama 15 minit. Ini kerana kata beliau kita biasa berjalan pandang kedepan atau ke bawah dan jarang berjalan sambil memandang atau mendongak ke atas....cubalah kalau ada kelapangan. Memang sengal dan menyakitkan!!


ustaz itu tak serius suruh kita cuba..dia cuma buat contoh untuk mengetengahkan poin ceramah dia. Tapi lepas kita cuba, poin yang cuba diketengahkan terus menusuk kalbu!


Poin nya, setiap kali kita merenungi nasib atau kehidupan seharian kita, janganlah kita merenung keatas kerana ia akan membuatkan kita sakit & sengal.. tidak puas hati akan nasib dan apa jua yang kita ada, tetapi jika kita melihat kebawah, nescaya kita akan amat bersyukur akan segala limpah kurnia dan rezeki yang kita ada. Contohnya, kalau kita hanya mampu pakai kereta Proton Saga, janganlah kita lihat dan bandingkan nasib kita dengan mereka yang pakai Ferrari...memang kita tak puas hati dan dengki, tetapi dengan penuh kesyukuran, lihatlah mereka yang di bawah, yang tidak mampu memiliki kereta, yang hanya mampu berjalan kaki atau menggunakan pengangkutan awam.


Kita mesti senantiasa bersyukur dengan segala rezeki dan pemberian dari Allah Ta'ala..kerana setiap kali kita ingat kita susah, ada lebih ramai yang lebih susah dari kita. Se kurang kurangnya kita bertuah kerana masih dapat menikmati makan minum yang cukup, pakaian yang sempurna, anak anak masih boleh kesekolah dan dikelilingi oleh ramai orang orang yang menyayangi kita..Alhamdulillah!!


So...setiap kali terlintas di fikiran kita yang kita tidak bernasib baik atau kekurangan berbanding dengan orang lain, cubalah berjalan sambil mendongak/melenggak ke atas.....


rama-rama
layaaann!!!

rama-rama



semoga tahun baru 2010 memberi kesejahteraan kepada semua, insyaAllah.
rama-rama
selamat menyambut tahun baru Hijrah 1431.









imej : masjid al-mukarramah, bandar sri damansara


Labels: 0 comments | edit post
rama-rama
Wednesday, September 9, 2009

090909
Labels: 0 comments | edit post
rama-rama
Thursday, August 27, 2009

saya terdengar cerita ini di satu tazkirah di TV semalam.. Ia mengisahkan mengenai seorang anak yang mengembara pulang ke rumah bersama ayahnya dengan menarik seekor kuda...
Maka terserempaklah mereka dengan sekumpulan manusia yang menegur kebodohan mereka kerana tidak menunggang kuda tersebut. Si ayah berfikir dan berkata ada betulnya teguran itu..maka si ayah dan anak pun menaiki kuda dan meneruskan perjalanan.
Kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan manusia lain yang pula menegur akan kekejaman mereka keatas kuda tersebut. Maka berfikir lah si ayah dan mengakui kebenaran teguran tersebut. Maka si ayah pun turun dan membiarkan anaknya terus menunggang kuda dan meneruskan perjalanan.
Sampai disuatu tempat, terserempak pula mereka dengan sekumpulan manusia yang mengutuk si anak kerana tidak mengasihani dan menghormati ayahnya yang lebih tua yang sepatutnya menunggang kuda dan si anak sepatutnya berjalan. Memikirkan kebenaran teguran itu, sianak pun turun dari kuda dan menyuruh ayahnya menunggang. Mereka meneruskan perjalanan hingga ke destinasi.
Setelah sekian lama perjalanan maka sampai lah mereka kerumah. Mereka telah di sambut oleh isteri serta ahli kelurga yang lain. Tapi malang, siayah telah dimarahi dan di tegur oleh isteri serta ahli keluarga yang lain atas sikap tidak bertimbang rasa beliau membiarkan anaknya berjalan sedangkan dia bersenang lenang menunggang kuda........
Labels: 0 comments | edit post