ramai yang tak puas hati dengan keputusan Petronas menaja pasukan Mercedez GP untuk musim F1 selama lima tahun bermula musim ini. Mereka menganggap keputusan ini "tidak patriotik" memandangkan pasukan Lotus F1 merupakan 'pasukan tempatan' dan lebih memerlukan penajaan tersebut.
Di antara yang mengeluh akan keputusan ini ialah Alex Yoong, pemandu F1 pertama negara. Katanya melalui Twitter :
“Petronas signs with Mercedes GP,” he wrote. “Words fail me. Mercedes is a good team, no doubt, but what Lotus is doing is completely ground-breaking and brave and Petronas not seeing that fills me with shame,”
Namun menurut Petronas, keputusan yang di buat adalah semata-mata "a business decision" yang memberikan "effective cost" terbaik berbanding cadangan penajaan pasukan lain dan menjanjikan pulangan yang menguntungkan kepada pemegang saham.
Petikan berita Bernama:
January 26, 2010 19:49 PM
Mercedes Sponsorship A Business Decision - Petronas
STUTTGART, 26 Jan (Bernama) -- The Mercedes Formula One team sponsorship by Petronas is purely a business decision, said Petronas corporate services vice-president Ahmad Nizam Salleh.
He said the package was attractive with the cost much lower than sponsoring other racing teams.
Ahmad Nizam said patriotism was not at issue in the sponsorship as the decision was prompted by a sound investment decision that could result in good returns to shareholders.
"The opportunity enable us to meet our business targets. But we will review the sponsorship from year to year for the next five years of the deal," he told reporters after launching a Mercedes GP Petronas' new racing machine here Tuesday.
The deal with Mercedes dealt a blow to Swiss-based Sauber, which is in urgent need of sponsors after the withdrawal of BMW at the end of the season, as well as the new Malaysian-backed Lotus team.
Ahmad Nizam said unlike previous F1, the branding exercise now entailed long-term business prospects.
He said Petronas had chosen Mercedes over BMW Sauber, Williams and Lotus based on its vast experience in F1.
-- BERNAMA
Pendapat saya : Petronas mempunyai tanggung jawap kepada pemegang pemegang saham yang semestinya ingin melihat keuntungan pelaburan mereka. Penajaan pasukan Mercedez ini akan memberi peluang kepada Petronas untuk memperkembangkan pasaran minyak pelincirnya. Kini Petronas menguasai hanya 2% dari pasaran minyak pelincir dunia, dan Mercedez, sebagai satu jenama unggul bidang permotoran tentu akan dapat menonjolkan lagi nama Petronas. Kembalinya Michael Schumacher , juara 7 kali Formula 1, ke kancah F1 bersama pasukan Mercedez GP Petronas menaikkan lagi imej pasukan serta menambahkan media 'air time' kepada pasukan.
Saya rasa rakyat Malaysia yang patriotik patut berbangga dengan penajaan ini. Kini ada syarikat dan jenama dari Malaysia yang boleh bersaing dengan syarikat gergasi dunia yang lain dan boleh duduk berganding dengan satu nama unggul saperti Mercedez.
Petronas juga pada saya merupakan satu syarikat yang telah banyak di salah gunakan atas nama patriotisma. Banyak penajaan yang telah di berikan oleh Petronas secara 'paksaan', baik dalam banyak acara sukan atau acara acara lain.
...dan kepada Alex Yoong!! You're a loser. Anda telah di berikan banyak peluang dan telah gagal. Berjutaan ringgit telah di belanjakan untuk mengetengahkan bakat anda. Sepanjang penglibatan anda sebagai pemandu F1, "you fill me with shame" (sorry, pinjam ayat anda)..dan sekarang anda di lantik sebagai Pengurus, Driver's Development di Lotus F1???......Petronas make the most correct decision.!