rama-rama



semoga tahun baru 2010 memberi kesejahteraan kepada semua, insyaAllah.
rama-rama


diadakan di pulau pinang dari 24 - 27 disember, 2009

peserta:
mak cak teh (alone..why???),
mamu shim, mami moriani, mastura & ismail;
mami yam, mamu aziz, amalina, dalila & harith;
mamu ba, shazlin, fayakish, eka & nasya;
mamu cop, mami yatie, ikhlas, haziq, iman & yaya;
mimin & harith;
mami are, mamu is, jehan, fatin, kamil;
mamu din, mami aida, amirul, nana, nina & omar;
danil & anis
tok bibi, yusof & aisyah.

absentee:
 with excuse; hadi
 no reason; uncle hussein & danial adam

guest:
ton & siti
keluarga mami yatie
uncle lan (penyanyi jemputan) & family

keluarga dari penang;
keluarga aci amy
keluarga nana ishak
keluarga nana ekan
keluarga aci ma
keluarga nana non
keluarga mi yueh






gambar chalet LKIM dan pemandangan depan chalet

semua yang dari kl menetap di chalet LKIM di telok bahang;
kami check-in di sambut dengan lagu tamil
mamu din dah mula menunjukkan bakat beliau menghayati lagu itu;
check in kami bermasaalah;
kerana rupanya ada masyarakat yang enggan check out;
kelly ng & gang ni dah mula nak potong steam kami....
kami bla pg miami beach makan laksa
tinggal mamu cop untuk menyelesaikan masaalah



fed-up sebab x dapat bilik..

selesai makan mamu cop call
masaalah dah selesai, dah di ganti dengan bilek lain
kelly ng masih enggan keluar!!


yang ini bukan kelly ng!!..but our own mamu din sedang relax kat miami beach

bilek ok, parking ok, basic facilities pun ok;
yang tak ok nya hanya pantai yang kotor.
kalau kotor secara semula jadi tu bolehlah diterima,
 tapi ni kotor kerana sampah sarap buangan manusia;

jadi masyarakat merican yang perihatin ni sampai sampai jea buatlah gotong royong membersih pantai;
masa tu pun dah petang
malangnya, esok pagi pantai yang dibersihkan itu kembali kotor;
di kotorkan oleh kelly ng & gang yang berBBQ dan mabuk2 malam tadi.

aktiviti:
berbagai aktiviti diadakan;
merican idol, sukanneka, sand castle building contest,
karaoke, aerobics, BBQ
tazkirah pun diadakan atas kelolaan mamu aziz.



pemenang merican idol, ismail & mastura jackson



kumpulan 'singkong' dari indonesia


encik aziz kita ni, korek lubang tu buat sand castle ke buat 'projek'??


projek pengairan oleh engineer UIA...
dengar cerita belum siap dan musnah oleh tsunami..hehe
makan:
when it comes to what matter most to this clan, especially when in Penang..
mestilah makan!!!
sampai jea lunch kat mak lan di tanjung bunga;
nak check-in tak dapat bilek...good excuse to turn back for laksa @ miami beach;
laksa xde so belasah rojak buah, jagung bakar & ais krim goyang!!
dinner..nasi kandaq kampung melayu.
next day after aerobics lead by harith & danial - breakfast ...serabai & roti canai
lunch!! haha..percaya tak??
kita bawak stall mamak mee datang 'goreng-on-site'
ada mee, mee hoon, koay teow goreng mamak;
mee rebus, pasemboq & rojak mee.



ini stall kita punye!!! 
minum petang, uncle lan sponsor cucuq udang kepai,
wife dia masak...sedap!!
mami yam & mami are tapau ais kacang dari penang road.
dinner BBQ, .. semua keluarga dari penang pun join sekali






next morning...hari nak check-out
pagi pagi dah keluar cari pantai yang bersih
mami yam & mami are gian nak mandi;
lepas mandi breakfast - nasi tomato.
tapi ada jugak yang miss..tak cukup masa nak makan!!
miss laksa tg tokong, char koay teow gurney drive, mee udang sg. dua & ikan bakar kepala batas.
apa apa pun terima kasih kpd mamu ba & mamu non for the food & meals arrangement;
terima kasih uncle lan kerana meminjamkan karaoke set & sponsor cucuq udang;
kita orang tau uncle lan memang enjoy punye!!


& last but not least to fatin, jay, da, lina & lin
congratulations and thank you for the organization.
the gathering mencapai matlamatnya..mengeratkan silaturrahim keluarga merican!!



sillaturahim yang paling erat sepanjang gathering..hehe!!
already planning for next year gathering....
di mana agaknya ya!???
ke pantai lagi??...atau ke bukit bukau..hutan belantara??
mungkin ketepi tasik...
atau ke bandaraya besar untuk bershopping??

tungguuu.....
rama-rama
ramai artis wanita kita yang tak mahu menutup aurat atau bertudung!
alasan... takut hilang populariti;
tapi aku lihat ramai juga artis bertudung yang popular; waheeda, wardina dan heliza
malah aida rahim yang kini bertudung tak pun hilang popularitinya.

siapa yang tengok drama nur kasih pasti ingat betapa ayunya tiz zakiah bertudung...
dan betapa ramai yang agak 'frustrated' bila mengetahui tiz 'in real life' tidak bertudung;


tapi antara ramai, yuna membuktikan bahawa keterampilan beliau yang bertudung tidak menyekat kejayaan beliau sebagai artis;
lagu2 yuna semuanya hot

peminat yuna cukup ramai...saya salah seorang dapadanya;
yang menarik, majoriti peminat yuna adalah dari golongan remaja;
jelas bakat yuna mengatasi segalanya!!

tapi genre kena betul jugak!!
kalau dah mas idayu dengan gerudinya pakai tudung...lu pikiaq lah sendiri!!!

Dan Sebenarnya akan bertanding di final AJL pada 10 januari,2010
Tahniah dan 'Good Luck, Yuna!! ..jom layan



Dan Sebenarnya.
oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh

rama-rama
walaupun tak sanggup, tapi kita tetap kena tengok gambar gambar ni;
agar dapat memberi pengajaran!
agar kita sentiasa berhati hati..


satu penghinaan terhadap agama Islam;
usaha mengelirukan umat !!


daging babi dijual dan di tandakan "HALAL" di Singapura


yang ini  50% HALAL so makan setengah jea OK kot!!



Babi dah jadi Beef!!! ..apa nak jadi ni.??


Labels: , 0 comments | edit post
rama-rama


bak-kut-teh : nama sejenis makanan popular kaum cina, sinonim dengan penggunaan khinzir sebagai bahan utama. 

Bak kut teh (Hokkien: 肉骨茶) is a Chinese soup popularly served in Malaysia, Singapore, China, Taiwan (where there is a predominant Hoklo and Teochew community) and also, cities of neighbouring countries like Batam of Indonesia and Hat Yai of Thailand. The name literally translates as "meat bone tea", and, at its simplest, consists of meaty pork ribs simmered in a complex broth of herbs and spices (including star anise, cinnamon, cloves, dang gui, fennel seeds and garlic) for hours.[1] However, additional ingredients may include offal, varieties of mushroom, choy sum, and pieces of dried tofu or fried tofu puffs. Additional Chinese herbs may include yu zhu (rhizome of Solomon's Seal) and ju zhi (buckthorn fruit), which give the soup a sweeter, slightly stronger flavor. Light and dark soy sauce are also added to the soup during cooking, with varying amounts depending on the variant. Garnishings include chopped coriander or green onions and a sprinkling of fried shallots.
Bak kut teh was believed to have been introduced to Malaya in the 19th century by Chinese workers from either Canton, Chaoshan or Fujian
sumber: 
http://en.wikipedia.org/wiki/Bak_kut_teh 



baru baru ini, Malaysia di gemparkan dengan berita sebuah syarikat yang mempromosikan "Halal Bak-kut-teh". untuk menyakinkan lagi 'kehalallan' bak-kut-teh ini, seorang Eksekutif Chef dari sebuah hotel terkemuka bertaraf lima bintang telah di gunakan untuk mempromosi serta membuat demo memasak;



CHEF Eksekutif Hotel JW Marriott, Zaffar Abdul Samad memegang replika sudu yang tertulis "5 Star Halal Bahkuteh" selepas sidang media sempena promosi makanan tradisi masyarakat Cina tersebut di Kuala Lumpur, hari ini. Promasi Bah Kut Teh Halal  berlangsung selama tiga hari bermula 18 hingga 20 Disember ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). - Foto Bernama
Dec 8, 2009
 

pengusaha makanan ini menyatakan bahawa mereka menggunakan ayam sebagai pengganti khinzir di dalam masakan tersebut.


berbagai reaksi masyarakat Islam di Malaysia yang kebanyakkannya mencemuh usaha ini sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam. Kebanyakan nya menyatakan ketidaksanggupan(ada ke perkataan ini??) mereka untuk menjamah masakan tersebut.



bak-kut-teh (sub title nya; daging-tulang- teh)


Beberapa orang ulama telah memberi pendapat....yang menjurus kepada pendapat bahawa 'kalau namanya membayangkan sesuatu yang tidak 'Halal' maka menimbulkan keraguan dan tidak Halal lah hukumnya.

di Malaysia, ramai yang tidak faham dan mengambil ringan mengenai status halal sesuatu makanan. Ada yang menganggap kalau ada papan notis 'pork-free' maka makanan di restoran itu boleh dimakan. Banyak juga penipuan yang dilakukan oleh peniaga restoran dengan mempamerkan logo Halal yang palsu.


Status HALAL nya sesuatu makanan atau hidangan itu sebenarnya merangkumi banyak faktor. Ianya adalah satu sistem dalam proses penyediaan makanan tersebut.


Semua peringkat dalam penyediaan makanan tersebut perlu di teliti. Dari mana sumber bahan mentahnya? Adakah pembekal bahan mentah, contohnya ayam menjalankan penyembelihan mengikut hukum Islam? Adakah pembekal mendapat pengiktirafan Halal dari badan berwajib saperti JAKIM.? Dalam konteks ini, semua bahan mentah yang digunakan mesti mendapat pengiktirafan Halal dari badan berwajib.


Kebersihan di tempat penyediaan makanan juga penting dalam menentukan status Halal. Premis kilang, peralatan serta pekerja kilang mestilah senantiasa bersih. Pekerja perlu menjalan pemeriksaan kesihatan berkala dan di imunisasi.


Yang paling penting ialah perasaan TANGGUNGJAWAB di kalangan pengusaha dalam menentukan makanan yang disediakan benar benar Halal. Dalam konteks ini, tiada yang lebih baik dari memastikan bahawa sesuatu makanan yang hendak dimakan itu mempunyai pengesahan Halal dari badan berwajib dan diusahakan (kilang), disediakan(masak) dan dihidang (restoran/penjual) oleh saudara Muslim kita sendiri.

maka dalam hal bak-kut-teh ni, ia nya akan Halal di makan kalau penyediaan nya di buat berdasarkan faktor di atas. Yang paling penting, tukar lah nama tu!!!....geliiii..!!

Labels: , 0 comments | edit post
rama-rama
semalam pasukan Mercedez GP F1 mengumumkan telah menerima penajaan besar dari Petronas untuk lima musim perlumbaan F1. Pasukan itu kini di kenali sebagai Mercedez GP Petronas dan akan di wakili oleh pemandu dari German, Nico Rosberg. Di beritakan juga bahawa pemandu "legenda" Michael Schumacher, 41 tahun yang di jangka akan membuat 'come back' di arena F1 akan mengisi satu lagi kekosongan sebagai pemandu Mercedez GP Petronas.


 kereta Mercedez dengan 'livery' Petronas


apa yang menarik mengenai berita ini ialah ada dua lagi pasukan yang benar benar mengharapkan penajaan sama dari Petronas.


pasukan Sauber yang dulu nya BMW Sauber dan pernah menikmati penajaan dari Petronas amat terdesak dengan keperluan kewangan.


pasukan LotusF1, ialah pasukan yang ditubuhkan atas semangat 1 Malaysia, di sokong penuh oleh kerajaan Malaysia serta di modalkan oleh syarikat syarikat koporat dari Malaysia. Sudah tentu mereka terkejut 'beruk' dengan keputusan yang di buat oleh Petronas.


dari segi komersial nya, keputusan Petronas memang terbaik.


tetapi dari segi semangat serta aspirasi nasional..mengecewakan.


apa pun, mungkin Petronas tetap akan menyokong Lotus F1, tetapi bukan sebagai 'title sponsor'


sama sama kita tunggu dan lihat!!!
rama-rama
minggu lepas saya komen pasal cabaran yang di lemparkan oleh sir richard branson, towkay Virgin Atlantic dan team principal VirginRacing  kepada Datuk Tony Fernandez, towkay Air Asia dan team principal Z
LotusF1Racing. Baca di sini.

Minggu ini, Datuk Tony telah menyahut cabaran Branson. Berikut komen beliau yang di petik dari LotusF1racing.my;

"Bring it on, the sexier the better." That was the response from Tony Fernandes to Sir Richard Branson's challenge over the loser in the Formula 1 stakes having to dress up as an airline stewardess on the winner's airline - AirAsia or Virgin Atlantic.
The Lotus F1 Racing team, of which Fernandes is Team Principal, has even taken the liberty of picking out a lovely crew uniform for Branson.
"It's quite fitting, don't you think? Our passengers will be delighted to be served by a Knight of the Realm. But, knowing Richard, the real challenge will be to prevent him from asking our guests 'coffee, tea or me?' That would be scary," said Fernandes, who is a founder and Group CEO of AirAsia, Asia's largest low-cost carrier.


Dan Datuk Tony menghadiahkan gambar ini;



gambar sir richard branson dalam uniform pramugari Air Asia

(ehsan: lotusF1racing.my)
rama-rama
mmmm....keputusan rasmi PMR 2009 akan di umumkan pada hari Khamis 24 Disember, 2009.


patutlah muka si Kamil nampak ketat dan nervous jea...


apa apapun harap Kamil dan sepupu sepupu nya yang empat (4) orang lagi tu akan mendapat kejayaan, insyaAllah!


nampak tak kau dapat berapa????



muka confident!!
Labels: 0 comments | edit post
rama-rama
minggu lepas bila di tanya pasal berita perkahwinan nya dengan zizi ezette, Datuk Bung Mokhtar menyangkal dan mengatakan yang beliau "tidak cukup handsome" untuk zizie. Baca posting awal saya di sini;


minggu ini, setelah didesak, bung mengaku telah bernikah dengan zizie.


dan komen zizie:



"kalau Datuk dah cakap Ya, Ya lah!!"
tapi sssh!!.. janganlah heboh sangat, banyak hati yang nak kena jaga.



apa pun.. I happy sangat you!!!.. tercapai jugak cita cita I...


so sekarang panggil I Datin, ok...!!!
Labels: 0 comments | edit post
rama-rama
kahaq!!! satu perkataan orang utara yang menggambarkan perangai 'besar kepala' atau stail dah bodoh sombong...

juga menggambarkan perangai seorang pemimpin kita ni. nama dia nazri aziz  



pemimpin ini mengecam dan menuduh Tun M sebagai 'racist' paling besar di Malaysia;
menuduh Tun M sebagai penyebab kemerosotan prestasi BN dalam PRU 12 (dan bukannya kelemahan Pak Lah serta salah guna kuasa anak dan menantu Pak Lah)


bila seorang ahli UMNO bersemuka melalui sms tentang sikap beliau, jawapan yang diberi amat memeranjatkan. baca di sini


jawapan yang menunjukkan bongkak seorang pemimpin yang lupa daratan!!!
seorang manusia kahaq!!!!


apakah ini sikap semua pemimpin kita.. ???
bermuka muka ???
baik hanya bila undi kita di perlukan!!


lu pikiaq lah sendiri!!!

rama-rama
selamat menyambut tahun baru Hijrah 1431.









imej : masjid al-mukarramah, bandar sri damansara


Labels: 0 comments | edit post
rama-rama
"sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha. I am not handsome enough for her"



muka yang tak berapa handsome tapi sejak kebelakangan di jaga rapi.
rambut pakai gel dan di 'dye' hitam


itu lah komen Datuk Bung Mokhtar Radin bila di minta penjelasan tentang berita perkahwinan beliau dengan pelakun seksi Zizie Ezette.


Bung Mokhtar menafikan beliau sudah berkahwin dengan zizie.


pun begitu, satu parlimen dah heboh dengan berita ini walaupun beberapa rakan rapat Bung enggan komen.


zizie pun mengaku di akhbar Kosmo beberapa hari lepas yang beliau telah dilamar oleh seorang ahli parlimen dari sabah.(walaupun identiti tidak di siarkan)


bila di tanya pasal Bung kepada ibu zizie, khaty fauziah, dia pulak kata "Mereka baru ingin kenal hati budi masing-masing dan Zizie ketika ini juga sedang sibuk di lokasi drama," 


"Ramai lagi wanita lain yang berkahwin dengan suami orang. Kalau benarlah dia (Zizie) ditakdirkan bermadu, itu semua sudah dinamakan jodoh. Ini semua urusan Allah," katanya.


mmm.. mak zizie dah confirm yang dia orang berdua ada hubungan.


ini pulak komen zizie:



kalau abang bung tak cukup handsome, apa salahnya!! I pun juling!! ..bukan cantik sangat pun!!


Labels: 0 comments | edit post
rama-rama






14 Disember 2009 - Team Lotus F1 mengumumkan barisan pemandu yang akan membawa perjuangan pasukan tersebut di kancah F1. Pasukan yang mengetengahkan semangat "1 Malaysia" dan di sokong penuh dari segi kewangannya oleh masyarakat korporat Malaysia ini mengumumkan Jarno Trulli, Heiki Kovalainen dan Fairuz Fauzi sebagai pemandu.

Dalam sidang akhbarnya, Datuk Tony Fernandez, Team Principal Lotus F1 berkata beliau gembira kerana berjaya mendapatkan pemandu pemandu yang kompetitif dan berpengalaman dan beliau percaya pasukan Lotus F1 akan dapat memberikan pesaingan kepada pasukan lain.
Yang menariknya Tony juga berkata " Sekurang kurangnya kita mesti kalahkan pasukan Virgin Racing. Kalau kita kalah kepada Virgin, saya akan bunuh diri" 

15 Disember, 2009 - Team Virgin Racing di lancarkan di Nottinghill, London. Pemandu yang akan mewkili Virgin ialah Timo Glock dan pendatang baru dari Brazil Lucas d Grassi.


Tuan punya Virgin ialah Sir Richard Branson. Dulu dia boss Tony Fernandez sewaktu Tony menceburi di bidang muzik. Kini kedua duanya punya 'airline' sendiri, Branson ada Virgin Atlantic Airline dan Tony ada Air Asia. Tahun 2009, kedua dua  terjun ke dunia F1 sebagai Team Principal.


Dan komen Richard Branson kepada kenyataan Tony :  "Saya sayangkan Tony, jadi tak payah lah dia bunuh diri jika Lotus kalah dengan Virgin. Memadailah kalau Tony bersetuju untuk menyarung uniform rasmi pramugari Virgin. Saya akan pastikan beliau akan mendapat uniform yang selesa!!"


nampak gaya musim F1 2010 pasti hebat!!! apa tidaknya, belum pun musim bermula, dua orang tuan punya pasukan yang baru di tubuhkan sudah bertaruh dan cabar mencabar!!


Kahkahkah..!! bayangkan Tony dalam uniform yang di pakai dek minah minah di bawah..





minah-minah Virgin.