rama-rama






14 Disember 2009 - Team Lotus F1 mengumumkan barisan pemandu yang akan membawa perjuangan pasukan tersebut di kancah F1. Pasukan yang mengetengahkan semangat "1 Malaysia" dan di sokong penuh dari segi kewangannya oleh masyarakat korporat Malaysia ini mengumumkan Jarno Trulli, Heiki Kovalainen dan Fairuz Fauzi sebagai pemandu.

Dalam sidang akhbarnya, Datuk Tony Fernandez, Team Principal Lotus F1 berkata beliau gembira kerana berjaya mendapatkan pemandu pemandu yang kompetitif dan berpengalaman dan beliau percaya pasukan Lotus F1 akan dapat memberikan pesaingan kepada pasukan lain.
Yang menariknya Tony juga berkata " Sekurang kurangnya kita mesti kalahkan pasukan Virgin Racing. Kalau kita kalah kepada Virgin, saya akan bunuh diri" 

15 Disember, 2009 - Team Virgin Racing di lancarkan di Nottinghill, London. Pemandu yang akan mewkili Virgin ialah Timo Glock dan pendatang baru dari Brazil Lucas d Grassi.


Tuan punya Virgin ialah Sir Richard Branson. Dulu dia boss Tony Fernandez sewaktu Tony menceburi di bidang muzik. Kini kedua duanya punya 'airline' sendiri, Branson ada Virgin Atlantic Airline dan Tony ada Air Asia. Tahun 2009, kedua dua  terjun ke dunia F1 sebagai Team Principal.


Dan komen Richard Branson kepada kenyataan Tony :  "Saya sayangkan Tony, jadi tak payah lah dia bunuh diri jika Lotus kalah dengan Virgin. Memadailah kalau Tony bersetuju untuk menyarung uniform rasmi pramugari Virgin. Saya akan pastikan beliau akan mendapat uniform yang selesa!!"


nampak gaya musim F1 2010 pasti hebat!!! apa tidaknya, belum pun musim bermula, dua orang tuan punya pasukan yang baru di tubuhkan sudah bertaruh dan cabar mencabar!!


Kahkahkah..!! bayangkan Tony dalam uniform yang di pakai dek minah minah di bawah..





minah-minah Virgin.








0 Responses

Post a Comment