semalam pasukan Mercedez GP F1 mengumumkan telah menerima penajaan besar dari Petronas untuk lima musim perlumbaan F1. Pasukan itu kini di kenali sebagai Mercedez GP Petronas dan akan di wakili oleh pemandu dari German, Nico Rosberg. Di beritakan juga bahawa pemandu "legenda" Michael Schumacher, 41 tahun yang di jangka akan membuat 'come back' di arena F1 akan mengisi satu lagi kekosongan sebagai pemandu Mercedez GP Petronas.
kereta Mercedez dengan 'livery' Petronas
apa yang menarik mengenai berita ini ialah ada dua lagi pasukan yang benar benar mengharapkan penajaan sama dari Petronas.
pasukan Sauber yang dulu nya BMW Sauber dan pernah menikmati penajaan dari Petronas amat terdesak dengan keperluan kewangan.
pasukan LotusF1, ialah pasukan yang ditubuhkan atas semangat 1 Malaysia, di sokong penuh oleh kerajaan Malaysia serta di modalkan oleh syarikat syarikat koporat dari Malaysia. Sudah tentu mereka terkejut 'beruk' dengan keputusan yang di buat oleh Petronas.
dari segi komersial nya, keputusan Petronas memang terbaik.
tetapi dari segi semangat serta aspirasi nasional..mengecewakan.
apa pun, mungkin Petronas tetap akan menyokong Lotus F1, tetapi bukan sebagai 'title sponsor'
sama sama kita tunggu dan lihat!!!
Post a Comment