rama-rama
pada 30 Januari yang lepas, Masjid al- Mukarramah, Bandar Sri Damansara telah mengadakan satu siri seminar bertajuk 'Sains Solat'. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Masjid Al-Mukarramah (MAM)  Ustaz Mhd Faizal bin Mhd Ramli Al-Hafiz, dan disempurnakan dengan perasmian oleh Tuan Nazir MAM, Syeikh Ahmad Nawawi Ghazali. Turut hadir bergandingan bersama Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim ialah Ustaz Haji Muhammad Azman Husin. Beliau yang merupakan pegawai Akademi Zakat Selangor  turut hadir sebagai pembentang seminar berkenaan ” Sifat Solat Nabi S.A.W”.

Seminar, melalui kertas kerja Ustaz Muhammad Azman telah mengupas sifat-sifat solat serta pergerakan solat yang betul mengikut sunnah Rasulullah saw. , manakala Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim membentangkan hasil kajian sains mengenai fadhilat serta mukjizat setiap pergerakkan di dalam solat. 

Unit pengkajian ' Projek Penyelidikan Biokejuruteraan Solat, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya' yang di ketuai oleh Profesor Madya Dr Fatimah telah juga menerbitkan beberapa buah buku hasil kajian mereka. Sila layari http://cmimems.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut.



ulasan : selama ini ramai diantara kita yang tidak mengambil berat mengenai pergerakkan solat kita, samaada betul dan mengikut sunnah Rasulullah saw.

seminar ini telah membuka mata saya akan betapa Agung nya agama kita Islam, hinggakan setiap pergerakkan di dalam solat, kalau dilakukan dengan betul dan mengikut sunnah Rasulullah saw. mempunyai fadhilat dan mukjizat tersendiri terutama dari segi kesihatan.

Usaha yang di buat oleh Prof Madya Dr Fatimah dan kumpulan penyelidik dari Universiti Malaya ini patut menerima, pujian , sokongan serta pengiktirafan semua muslimin & muslimat.

Oleh kerana dunia kini di iktiraf sebagai 'dunia sains & teknologi' , hasil kajian ini, jika mendapat pengiktirafan dari badan dunia yang berwajib, nescaya akan menjadi satu alat atau
'tool' yang efektif dalam usaha mendakwah atau menarik minat masyarakat bukan Islam terhadap agama kita yang suci ini, InsyaAllah .
0 Responses

Post a Comment