rama-rama
Wednesday, April 15, 2009

4 - 4 malam tadi - overall aggregate liverpool 5 - 7 chelsea dalam pertandingan suku akhir piala juara-juara eropah (champions league)

setelah berhempas pulas..pasukanku kalah juga kepada pasukan adikku salwana...

satu perlawanan yang amat menarik!!...penyokong-penyokong liverpool harus berbangga dengan semangat juang yang di tunjukkan oleh semua pemain..

...kalaulah gerrard tidak cedera dan dapat bermain malam tadi!!!
rama-rama
Friday, April 10, 2009

..syukur alhamdulillah kerana tiada KJ.!!


Serta tahniah kepada Datuk Mukhriz kerana di lantik sebagai Timbalan Menteri MITI...walaupun saya berpendapat beliau layak menjawat jawatan Menteri. Apa apa pun di harap Datuk Mukhriz tidak akan mengecewakan dan akan memberikan perkhidmatan yang terbaik!!!...berani berubah!!

...tapi agak memeranjatkan apabila Kementerian Pembangunan Usahawan di mansuhkan.
Kemana agaknya usahawan melayu nak merujuk???
rama-rama
Thursday, April 9, 2009

malam tadi kelab bolasepak kesayangan ku tewas kepada chelsea 1 - 3 dalam perlawanan suku akhir pertandingan liga juara-juara eropah (Champions League)..Adik ku Salwana mesti gembira sakan..!!!

..tapi aku masih menaruh harapan!! ...sekarang baru half time. apa saja boleh berlaku. mungkin kelab kesayangan ku menang 3-0 di stamford bridge minggu depan.
rama-rama
Wednesday, April 1, 2009

kebelakangan ini drama drama malayu yang di siarkan di kaca TV banyak memaparkan adengan-adengan bunuh atau tembak menembak.
ia menggambarkan seolah olah Malaysia adalah negara yang mengamalkan "gun free country" saperti Amerika Syarikat. semua orang terutama golongan berada menyimpan pistol di rumah dan bunuh membunuh di kalangan golongan ini adalah perkara yang lumrah demi menjaga harta serta mengejar cita-cita.....
drama melayu perlu logik, menggambarkan cara hidup rakyat malaysia....tak perlu mengikut drama barat hanya kerana ingin menarik perhatian penonton!!!
for that..I salute Yasmin Ahmad for producing true Malaysian movies !!!
Labels: 2 comments | edit post