saya seronok tengok rancangan 'jalan jalan cari makan' yang di siarkan di TV3. rancangan yang membawa anda mengembara bersama hos maria tunku sabri, berjalan ke merata ceruk negara dan singapura, mencari makanan yang enak enak serta restoran-restoran menarik untuk di promosi.
saya kurang pasti bagaimana pihak TV3 memilih restoran untuk di promosi, sama ada berdasarkan makanannya yang sedap dan berkualiti atau pun pihak restoran di kehendaki membayar kepada TV3 untuk di promosikan.
yang jelas, semua makanan/tempat yang di promosi berkualiti dan sedap menurut maria tunku sabri... apa taknya - tiap kali menghadapi hidangan, "gelojohnya" tak terhingga, dan akan disudahi dengan signal 'good' oleh ibu jari montok nya itu.
apa yang ingin saya perkatakan ialah status restoran/makanan yang di promosi kan..ada kah makanan makanan ini 'halal' serta mendapat pengesahan dari pihak berwajib?..kerana program ini nampaknya tidak pernah memberikan penekanan keatas status makanan yang dipromosi kan.
memandangkan majoriti penonton serta target market program ini adalah orang melayu dan Islam, maka adalah menjadi tanggungjawab bagi TV3 untuk lebih perihatin dalam perkara ini.
TV3 perlu memastikan status 'halal' restoran/makanan yang akan di promosi kan melalui rancangan ini di tauliahkan oleh badan berwajib saperti JAKIM.
untuk pengetahuan, ramai penonton penonton TV3 yang inginkan pentingkan informasi berkenaan status 'halal' sesuatu outlet itu, maka respons terhadap rancangan ini akan meningkat jika sekiranya informasi tambahan ini dapat diberi oleh TV3.
dan kepada maria tunku sabri....makan tu elok lah sikit...kurangkan gelojoh tu...
al-kisah di zaman dahulu kala,
se orang fakir miskin pergi ke pasar untuk membeli daging unta
lalu apabila sampai terus berbicara dengan si penjual daging
"wahai Tuan hamba, saya ingin membeli dua bahagian daging unta yang paling murah harganya"
lalu si penjual pun memberikan bahagian lidah dan hati unta kepada si fakir. Si fakir pun membayar dan terus pulang.
telatah si fakir dan si penjual telah diperhatikan oleh seorang hartawan:
yang juga ingin membeli daging unta dari penjual yang sama..lalu berkata;
"saya ingin membeli dua bahagian daging unta yang paling mahal harganya yang tuan ada"
lalu si penjual pun memberikan bahagian lidah dan hati unta kepada si hartawan.
si hartawan terpinga-pinga, terkejut ....dan blurrr tahap maksimum!!!!
you got gotcha-ed on national radio
millions of people were listening
and you said 'thank you'...????
Alhamdullillah!..hari sabtu lepas (16/01) menyaksikan satu majlis perkahwinan besar besaran yang telah di adakan di masjid al-mukarramah, bandar sri damansara. Perkahwinan di antara Tuan Hj Mokhtar Ahmad dan pasangannya Hamidah Hj. Hamid telah selamat di sempurnakan. Majlis yang meriah dan di sambut dengan penuh kesyukuran telah bermula dengan upacara akad-nikah pada jam 10.00 pagi di ikuti dengan majlis jamuan.
Dianggarkan lebih kurang 2,000 orang jemputan berbagai kaum menghadiri majlis. Jamuan di serikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan.
Apa yang menarik tentang majlis ini ialah pendekatan yang di ambil oleh AJK serta Pengurusan Masjid dalam membenarkan majlis saperti ini di jalankan di dalam kawasan Masjid. Majlis di jalankan saperti satu kenduri di kampung dimana qariah masjid telah bergotong royong dalam menjayakannya. Makanan hidangan di masak di perkarangan masjid oleh qariah..begitu juga dengan tugasan menghidang, menyambut tetamu, aturcara majlis, emcee dsb. semuanya di lakukan oleh qariah masjid.
Pendekatan ini harus dipuji kerana bukan sahaja majlis saperti ini boleh menyemarakkan silatur-rahim dikalangan qariah serta masyarakat setempat, ia juga dapat mendekatkan serta menarik minat masyarakat untuk selalu ke masjid.
Saya terdengar komen ini dari seorang mantan imam/bilal masjid al-mukarramah yang turut hadir memeriahkan acara; "Alhamdullillah...sebak hati saya tengok. Semuanya ada kat sini..kalau dulu banyak puak, tapi nampak semua dah dapat kerja sama sama'.
Semoga pihak masjid al-mukarramah akan meneruskan usaha ini dengan menawarkan perkhidmatan serupa kepada masyarakat setempat.
Memang AJK serta pengurusan masjid al-mukarramah ini mesti dipuji. Mereka begitu aktif dan komited dalam menjalankan aktiviti...dan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik diadakan untuk menarik minat masyarakat terutama dari golongan remaja agar rapat dengan masjid. Antaranya aktiviti sukan saperti kejohanan street soccer dan boling, acara beramal melalui ekspedisi pacuan 4 roda(4x4) serta yang terbaru..Amazing Race.
Tahniah!!!
link: www.masjidalmukarramah.org/