budu ni powerr abe weh!!!
kat ni ore dok sey make kicak tu...
pada 23hb. October, 2009, sekali lagi kami sekeluarga bertumpu ke Pasir Hor, Kota Bahru, Kelantan sempena pernikahan anak saudara kita ahmad danial dengan pasangannya, norhanis aida.
rombongan kami kesemuanya lebih kurang 40 orang.....separuh pergi naik kapal terbang Air Asia (tiket murah!!!... dah booking 3 bulan lepas) dan yang lain naik kereta. Kami semua bertolak pagi pagi lagi... yang naik k/terbang jam 4.30pagi dah bertolak ke Sentral dan naik bas ke LCC. Flight pukul 7.00pagi. Yang kami naik kereta ne.... bertolak 4.30 pagi jugak kerana desakkan bapak pengantin yang terlalu "over-excited". Dalam banyak banyak laluan dari KL ke KB, kami memilih untuk melalui Lebuhraya Pantai Timur melalui Kuantan - Kuala Trengganu - Kota Bahru....kononnya nak singgah breakfast di Kemaman, tapi hampa kerana kedai yang di tuju tutup!..terlupa yang hari tu hari Jumaat.
yang naik k/terbang selamat sampai ke Pasir Hor jam 11.00 pagi...mesti anda tertanya tanya kenapa lewat sampai.??? .... percaya tak !!?? Dari air port depa terus ke Pasar Siti Khadijah.....apa apa pun shopping dulu. Kami yang naik kereta ni sampai jam 1.00 tengahari.
Selepas maghrib, kami semua bertolak ke Masjid untuk upacara akad nikah. Masjid ini terletak tak jauh dari rumah pengantin perempuan. Masjid yang baru siap dibina, dan yang cantik seni hiasan dalamannya, di penuhi dengan ukiran kayu yang halus buatannya.
gambar gambar dalaman Masjid
setelah selesai sembahyang fardhu isya' berjemaah, upacara akad nikah pun di jalankan. Alhamdullillah!!.... sekali harung jea dah settle!
selesai majlis akad kami di jemput kerumah pengantin untuk jamuan makan. Wow!! ...nasi kerabu uu....ada daging bakar, ayam percik, telor masin, solok lada, ulam, jeruk bawang putih...and of course budu powerr!!
menikmati hidangan nasi kerabu with budu powerr!!
yang sebenarnya ada cerita disebalik ungkapan budu powerr!! ne.. salah seorang abang ipar saya yang sudah berumur 51 tahun membuat pengakuan berikut ;
"...this is the first time I makan nasi kerabu!.. Pernah juga dengar pasal budu tapi tak pernah rasa. Dulu takut nak rasa...tapi sekarang dah rasa . Puhh!!! ..powerr!!"
So Ahmad Danial.....lupakan lah kicap tu dan belajarlah makan budu. Powerr u!!
Apa pun danil & anis .. we enjoyed our trip and our stay in KB. Thank you to Anis & family for being so kind and accomodating. May ALLAH BLESS BOTH OF YOU ALWAYS!!!
Post a Comment