rama-rama
Saturday, November 28,2009




Alhamdulillah, Masjid al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara telah selamat menyempurnakan ibadah korban sempena Aidil Adha 2009 hari ini. Kesemua 23 ekor lembu dan 5 ekor kambing telah di korbankan. 19 ekor lembu (termasuk seekor hadiah dari JAIS) dan 5 ekor kambing telah di sembelih dan di agihkan di Masjid sementara 4 ekor lagi diserahkan ke surau berdekatan untuk di uruskan.






Gambar-gambar sekitar aktiviti ibadah korban;




senarai pemilik lembu




menunggu giliran










giliran dah sampai







Allahu Akbar!, Allahu Akbar!, Allahu Akbar!
















proses melapah




aiskrim percuma untuk kanak kanak & petugas sumbangan ikhlas Dr. Fadhil


















proses memotong, menimbang dan pengagihan
rama-rama


















majlis kesyukuran sempena perkahwinan ahmad danial & norhanis aida telah selamat di sempurnakan pada 1hb. November,2009 bertempat di Vintage Ballroom, Holiday Villa, Subang Jaya, Selangor.
















.......di ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU!!!!! .....SEMUGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT!!!




rama-rama



budu ni powerr abe weh!!!
kat ni ore dok sey make kicak tu...


pada 23hb. October, 2009, sekali lagi kami sekeluarga bertumpu ke Pasir Hor, Kota Bahru, Kelantan sempena pernikahan anak saudara kita ahmad danial dengan pasangannya, norhanis aida.

rombongan kami kesemuanya lebih kurang 40 orang.....separuh pergi naik kapal terbang Air Asia (tiket murah!!!... dah booking 3 bulan lepas) dan yang lain naik kereta. Kami semua bertolak pagi pagi lagi... yang naik k/terbang jam 4.30pagi dah bertolak ke Sentral dan naik bas ke LCC. Flight pukul 7.00pagi. Yang kami naik kereta ne.... bertolak 4.30 pagi jugak kerana desakkan bapak pengantin yang terlalu "over-excited". Dalam banyak banyak laluan dari KL ke KB, kami memilih untuk melalui Lebuhraya Pantai Timur melalui Kuantan - Kuala Trengganu - Kota Bahru....kononnya nak singgah breakfast di Kemaman, tapi hampa kerana kedai yang di tuju tutup!..terlupa yang hari tu hari Jumaat.

yang naik k/terbang selamat sampai ke Pasir Hor jam 11.00 pagi...mesti anda tertanya tanya kenapa lewat sampai.??? .... percaya tak !!?? Dari air port depa terus ke Pasar Siti Khadijah.....apa apa pun shopping dulu. Kami yang naik kereta ni sampai jam 1.00 tengahari.

Selepas maghrib, kami semua bertolak ke Masjid untuk upacara akad nikah. Masjid ini terletak tak jauh dari rumah pengantin perempuan. Masjid yang baru siap dibina, dan yang cantik seni hiasan dalamannya, di penuhi dengan ukiran kayu yang halus buatannya.













gambar gambar dalaman Masjid



setelah selesai sembahyang fardhu isya' berjemaah, upacara akad nikah pun di jalankan. Alhamdullillah!!.... sekali harung jea dah settle!








selesai majlis akad kami di jemput kerumah pengantin untuk jamuan makan. Wow!! ...nasi kerabu uu....ada daging bakar, ayam percik, telor masin, solok lada, ulam, jeruk bawang putih...and of course budu powerr!!




menikmati hidangan nasi kerabu with budu powerr!!




yang sebenarnya ada cerita disebalik ungkapan budu powerr!! ne.. salah seorang abang ipar saya yang sudah berumur 51 tahun membuat pengakuan berikut ;

"...this is the first time I makan nasi kerabu!.. Pernah juga dengar pasal budu tapi tak pernah rasa. Dulu takut nak rasa...tapi sekarang dah rasa . Puhh!!! ..powerr!!"




So Ahmad Danial.....lupakan lah kicap tu dan belajarlah makan budu. Powerr u!!




Apa pun danil & anis .. we enjoyed our trip and our stay in KB. Thank you to Anis & family for being so kind and accomodating. May ALLAH BLESS BOTH OF YOU ALWAYS!!!

rama-rama
Wednesday, November 4, 2009

..makanan di OTWC tak Halal!!!

baca disini
Labels: 1 comments | edit post