rama-rama
Wednesday, May 20, 2009





..last week end kami telah ke pasir hor, kota bahru, kelantan untuk majlis pertunangan presiden warisan tok ya ahmad danial dengan pasangan nya norhanis aida. (Warisan Tok Ya adalah kumpulan sepupu sepupu lelaki generasi kedua keluarga Yahaya Merican....yang perempuan nya pulak dikenali dengan Warisan Mak Tok)

perjalanan ke KB bermula pada jam 4.00ptg 15/5/09...lewat satu jam dari jadual asal. kami berkonvoi 5 buah kereta (20 orang). oleh kerana saya lebih pengalaman mengenai jalan ke KB maka saya di minta mengepalai konvoi.

perjalanan melalui bandar bentong, raub (solat stop), kuala lipis, merapoh, gua musang (dinner stop)kuala krai, machang dan terus ke KB. Kami tiba di KB jam 12.15 malam dan menginap di samaza inn,di pasir hor.


samaza inn




pemandangan di luar samaza inn


lebih kurang jam 2.00pg, sedang yang lain telah nyenyak tidur kerana keletihan, saya dan isteri keluar ke wakaf che yeh untuk membeli sedikit buah buahan kerana buah buahan yang telah digubah menjadi barang hantaran di KL dah layu dan lesu.


gubahan buah buahan yang lesu setibanya di KB

selain daripada gubahan buah buahan yang lesu dan perlu di tukar, kek yang di bawa dari KL juga musnah. Jelas kelihatan kekecewaan di muka danial, bapa dan ibu beliau. maka misi menyelamat perlu dilakukan segera keesokan pagi sebelum majlis rasmi jam 2.30 tghari.


kek yang musnah

majlis pertunangan ahmad danial dan norhanis berjalan lancar. insyaallah, perjanjian akad dan perkahwinan pada 24 oktober, 2009.

kami sekeluarga memang enjoy waktu yang di habiskan di KB. Hos kami (keluarga norhanis) amat bebesar hati dan melayan kami dengan cukup baik. untuk itu kami ucapkan penghargaan yang tidak terhingga.

walaupun beberapa rancangan awal saperti bershopping di rantau panjang, makan pagi di white house dan makan tengahari nasi ulam di bawah muzium kraftangan tidak kesampaian kerana kesuntukan masa, lawatan kami kali ini memuaskan...

kami bertolak balik dari KB jam 2.00ptg 18Mei,2009...dan selamat sampai ke KL jam 10.30mlm.

.....yang best sekali!!.......I GOT MY TELOR PENYU!!!!!
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment