rama-rama


kisah mengenai seorang hartawan;
sedang memandu kereta besar nya;
berhenti di 'traffic light' kerana lampunya merah;
datang seorang peminta sedekah mengetuk tingkap keretanya;
lalu dia membuka dompetnya;
di lihat susunan wang di dalam dompetnya;
ada wang RM100, RM50, RM10, RM5, RM1 dan duit syiling 50sen;
lalu dia mengeluarkan syiling 50sen dan di beri kepada peminta sedekah;
peminta sedekah bersyukur dan mengucapkan terima kasih;
lampu hijau dan hartawan meneruskan perjalanan.


masuk waktu solat 'asar;
hartawan singgah di masjid untuk solat;
selepas solat hartawan berdoa;
"ya Allah! ampuni lah dosa ku, serta tingkatkan amalan ku!
Aku tadi telah bersedekah ya Allah, jadi murahkan rezeki ku,
serta kurniakan ku tempat di syurgamu ya Allah!"
sedang berdoa, hartawan merasa di cuit di bahu oleh seseorang;
lalu hartawan menoleh..rupa rupanya dia dicuit malaikat;
lalu malaikat berkata;


"salam saudara!!..parking kat TESCO pun dah RM1.00;
takkan sedekah 50sen nak parking kat syurga kot!!!"


**********************


ulasan : memang lumrah manusia..memberinya sedikit tetapi selalu mengharapkan balasan yang berlipat ganda...


Labels: , edit post
0 Responses

Post a Comment