rama-rama


Alhamdullillah!..hari sabtu lepas (16/01) menyaksikan satu majlis perkahwinan besar besaran yang telah di adakan di masjid al-mukarramah, bandar sri damansara. Perkahwinan di antara Tuan Hj Mokhtar Ahmad dan pasangannya Hamidah Hj. Hamid telah selamat di sempurnakan. Majlis yang meriah dan di sambut dengan penuh kesyukuran telah bermula dengan upacara akad-nikah pada jam 10.00 pagi di ikuti dengan majlis jamuan.


Dianggarkan lebih kurang 2,000 orang jemputan berbagai kaum menghadiri majlis. Jamuan di serikan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan.


Apa yang menarik tentang majlis ini ialah pendekatan yang di ambil oleh AJK serta Pengurusan Masjid dalam membenarkan majlis saperti ini di jalankan di dalam kawasan Masjid. Majlis di jalankan saperti satu kenduri di kampung dimana qariah masjid telah bergotong royong dalam menjayakannya. Makanan hidangan di masak di perkarangan masjid oleh qariah..begitu juga dengan tugasan menghidang, menyambut tetamu, aturcara majlis, emcee dsb. semuanya di lakukan oleh qariah masjid.


Pendekatan ini harus dipuji kerana bukan sahaja majlis saperti ini boleh menyemarakkan silatur-rahim dikalangan qariah serta masyarakat setempat, ia juga dapat mendekatkan serta menarik minat masyarakat untuk selalu ke masjid.


Saya terdengar komen ini dari seorang mantan imam/bilal masjid al-mukarramah yang turut hadir memeriahkan acara; "Alhamdullillah...sebak hati saya tengok. Semuanya ada kat sini..kalau dulu banyak puak, tapi nampak semua dah dapat kerja sama sama'.


Semoga pihak masjid al-mukarramah akan meneruskan usaha ini dengan menawarkan perkhidmatan serupa kepada masyarakat setempat.


Memang AJK serta pengurusan masjid al-mukarramah ini mesti dipuji. Mereka begitu aktif dan komited dalam menjalankan aktiviti...dan banyak aktiviti-aktiviti yang menarik diadakan untuk menarik minat masyarakat terutama dari golongan remaja agar rapat dengan masjid. Antaranya aktiviti sukan saperti kejohanan street soccer dan boling, acara beramal melalui ekspedisi pacuan 4 roda(4x4) serta yang terbaru..Amazing Race.


Tahniah!!!


link: www.masjidalmukarramah.org/

0 Responses

Post a Comment