rama-rama
Thursday, May 21, 2009

saya menerima sms berikut daripada adik saya Salwana pada jam 10.29 pagi, 12hb. mei, 2009:

"Salam semua keluarga. Syahmi updates terbaru. Masuk ward cancer kanak kanak KK3 jam 9 pagi tadi. Wad yang selesa. Seluruh wad sgt sejuk, dan satu bilik antara 3-6 org shj. Keputusan biopsy menunjukkan Burkitt's lymphoma, BUKAN Wilm's tumor(nephroblastoma) saperti yang dijangkakan sebelum ini. Syahmi akan melalui 3 lagi pemeriksaan iaitu sum sum tulang(bone marrow), scan paru-paru/dada dan tulang belakang (spinal cord)pada minggu ini. Ujian-ujian ini akan dijalankan selepas mendapat persetujuan drpd kedua ibu bapa syahmi. Ujian ini adalah sangat perlu untuk mengetahui tahap cancer samada tahap 1,2,3 dan 4. Selepas ujian-ujian dijalankan, chemo therapy akan di laksanakan. Minta semua tabah, kuatkan semangat, sentiasa positif dan berdoa banyak-banyak kepada ALLAH Ta'ala. Syahmi perlukan orang-orang yang positif disisinya."


.....satu SMS yang panjang dan jelas akan maksudnya. Anak saudara saya, Ahmad Syahmi bin Muhammad, 10 tahun (anak bongsu kepada kak long saya, Nor Hasanah) telah di sahkan mengidap Burkitt's lymphoma, sejenis kanser yang agak "rare" di kalangan masyarakat Asia.


Apapun...kanser tetap kanser!!!..memerlukan jangka masa rawatan yang panjang dan sudah tentu akan mengganggu rutin harian pesakit dan juga keluarga terdekat. Syahmi memerlukan mereka-mereka yang terdekat yang bersikap positif untuk membantu beliau dalam menghadapi hari hari mendatang....begitu juga keluarga terdekat saperti kak long yang sudah tentu memerlukan sokongan moral, saikologi dan kebendaan dari ahli keluarga yang lain dalam menghapi dugaan yang berat ini.
Saya percaya kak long saya mempunyai ketabahan dalam menghadapi dugaan ini. Memang dari riak muka dan linangan air mata beliau menampakkan kelemahan.......tapi ibu mana yang tidak terhimpit dan tertekan dengan keaadaan ini. Banyak perkara lain yang juga perlu difikirkan...pekerjaan & pendapatan harian, anak-anak dll. Tapi saya kenal kak long saya dan saya tahu beliau akan berjaya mengharungi dugaan ini, dengan bantuan dan doa keluarga terdekat dan rakan-rakan , insyaAllah.
Tanggungjawab saya dan keluarga telah diperjelas.......dan doa kami untuk syahmi.!!!!
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment