rama-rama
di petik dari : Ripaai's Thought - Expressed in Words 
                        http://ripthinking.blogspot.com/


Sekedar mengingatkan kembali memory kita tentang hidup sehat ala Rasulullah SAW.

Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.

Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari.
Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

v  Jangan makan SUSU bersama DAGING
v  Jangan makan DAGING bersama IKAN
v  Jangan makan IKAN bersama SUSU
v  Jangan makan AYAM bersama SUSU
v  Jangan makan IKAN bersama TELUR
v  Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
v  Jangan makan SUSU bersama CUKA
v  Jangan makan BUAH bersama SUSU Contoh :- KOKTEL

CARA MAKAN
v  JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH  TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
v  TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
v  JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM  DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA

Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek. Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
** Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi saw. pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit.Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion + ( positif ) sedangkan dalam ikan mengandung ion - ( Negatif ), jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan saperti membuat amalan antara lain:
  1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak.Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
  2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
  3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain.
Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

*** Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Wallahu a'lam
rama-rama
Petikan dari Kitab '40 hadis Penawar Hati' susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi

Darripada Anas bin Malik radhiallahu anhu, Rasulullah saw bersabda :
"Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu keluarganya, hartanya dan amalnya. Dua diantaranya akan kembali, dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya".

H.R. Bukhari & Muslim

Keterangan : Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada ketiga tiga golongan ini. Isteri yang kita cintai dan anak anak yang kita sayangi dan juga kaum kerabat, mereka hanya dapat menghantarkan kita sampai ke tanah perkuburan dan hanya dapat mengucapkan selamat tinggal kepada kita ketika melihat badan kita terbujur sejuk di liang kubur. Tiada seorang pun yang bersedia untuk menjadi teman kita di kesunyian kubur. Mereka akan pulang setelah menimbuni tanah keatas liang kubur kita. Begitu juga harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memeras keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa, semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris. Mereka yang mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita akan ditanya dari mana harta itu di perolehi dan kemana kita membelanjakannya. Orang yang bijak ialah orang yang mempunyai rancangan bagi wawasan akhiratnya dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan-angan, mengejar dunia dan menimbun harta. Maka apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan berazam untuk berbuat kebajikan. Namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Oleh kerana itu, perbanyakkan membuat kebajikan, tingkatkanlah ketaqwaan, buatlah bekalan akhirat sedaya upaya yang ada. Rajin bersedekah dan suka menderma untuk membuat bekalan bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu.

***setelah kita mati, maka putuslah talian amal kita.
 Tiga sumber pahala setelah mati ialah :

1. Sedekah dan infak yang terus dinikmati walaupun kita sudah mati.
2. Ilmu yang di ajar ketika hidup yang masih di menafaatkan oleh mereka yang masih hidup     walaupun kita sudah mati.
3. Anak anak yang soleh yang senantiasa mendoakan kita.
rama-rama
14 februari, 2010, sempena cuti tahun baru cina, clan merican telah membuat perancangan untuk pergi berkelah di air terjun sungai chiling. Yang sebenarnya telah lama dan sudah banyak kali kita orang plan nak pergi tapi setiap kali ada je yang menjadi penghalang. So, kali ini kita bulatkan hati untuk pergi.

Awal pagi lagi kami berkumpul di rumah Mami Mariam di Sri Damansara dan kami bertolak ke Chiling pada jam 7.30 pagi. Oleh kerana perjalanan ke air terjun Chiling melibatkan 'jungle trekking' dan 'river crossing' (trek sejauh 3km), semua di wajibkan membawa back pack sendiri, yang mengandungi persalinan serta bekalan makanan & air minuman. Kak Da dah sediakan food pack yang mengandungi sebungkus nasi lemak, sekeping roti canai, kuih, limau mandarin dan mineral water.

kami memilih untuk melaui jalan lama melalui templer's park, rawang, serendah, batang kali, ampang pecah dan kuala kubu sebelum sampai ke stesyen renjer untuk ke air terjun sg chiling, yang terletak di tepi jalan lama untuk ke bukit fraser.

kuala kubu - tenang di awal pagi

pemandangan menarik Empangan Ulu Selangor

stesyen renjer - permulaan trekking

lakaran peta trekking 

tiba di stesyen renjer, semua di minta mendaftarkan diri dan di kenakan bayaran RM1.00 se orang. di tepi tepi sungai disekitar stesyen renjer, di sediakan tapak perkhemahan serta kawasan lapang untuk menjalankan aktiviti. Bayaran sebanyak RM4.00 dikenakan untuk 'camping' 2 hari 1 malam. Surau dan tandas awam juga di sediakan. Selepas pendaftaran, renjer memberi taklimat mengenai 'dos & don'ts' sepanjang perkelahan di air terjun. Memandangkan kawasan tersebut merupakan "fish sanctuary" maka penekanan di beri kepada larangan memancing serta menggangu habitat ikan di situ. Diberitakan lebih dari 250,000 ekor anak ikan telah dilepaskan kedalam sungai tersebut. Selepas taklimat, kami pun terus memulakan perjalanan masuk ke air terjun sungai chiling, perjalanan melalui belukar dan melibatkan lintasan sungai sebanyak lima kali. Oleh kerana jumlah kami yang ramai, dengan kanak kanak serta orang orang yang agak senja saperti saya, maka perjalanan untuk sampai ke air terjun memakan masa agak lama ia itu lebih kurang 1 jam 15 minit.

trekking 

5 lintasan sungai perlu di harungi

perjalanan masuk agak menarik tapi memenatkan. selain river crossing ada juga tempat dimana ada sedikit pendakian serta halangan saperti pokok besar yang tumbang serta lopak lopak air. Tetapi semua rasa kepenatan hilang apabila tiba saja di air terjun. Se telah mendapat 'spot' yang sesuai, kami pun terus buka beg dan mengeluarkan makanan.....maklumlah, kepenatan berjalan membuatkan kami terasa teramat lapar...

pemandangan pertama air terjun

sampai sampai makan dulu



birthday girl - happy birthday mama

selepas makan, semua menyerbu masuk ke air terjun.....air nya yang amat sejuk dan nyaman mengembalikan kesegaran kepada tubuh badan yang tadinya amat kepenatan. Selain mandi manda, kami juga teruja dengan ikan ikan yang banyak dan jinak...kami jamukan ikan ikan dengan roti canai.

air yang amat sejuk








memberi makan ikan - roti canai beb!

mamu dah kepenatan

depa ni tak mau balik...

'awesome'

macam biasa - tangkap macho!

setelah puas mandi-manda dan berseronok, tiba masa untuk pulang. Kami target mesti keluar dan tiba balik di stesyen renjer se belum habis waktu zohor...agar dapat solat di sana. Saperti biasa, si anak anak kecil agak liat untuk balik.....


'trained sweeper'

lintasan sungai - perjalanan balik


keadaan saya tak begitu baik semasa perjalanan pulang....kaki dah sakit dan membengkak!!..baru teringat,..malam tadi saya makan lamb chop serta tumpang sekaki tomyam udang dan sotong yang kamil makan. Maka penyakit ghout dah mula menyerang...!! ..maka terpaksa lah hero yang dua orang ne (gambar bawah) mengiringi dan membantu di sepanjang perjalanan.

posing untuk 'profile picture'

walaupun penat, perkelahan kali ini memang berbaloi...dan kami sudahpun membuat perancangan untuk kembali.......mungkin kali ini untuk 'camping' sekali.

Untuk keterangan lanjut mengenai Chiling Waterfall, semak : http://waterfallsofmalaysia.com/51chiling.php
rama-rama


Labels: 0 comments | edit post
rama-rama
Ramadhan & Hari Raya Aidil Fitri
kecoh:
bekalan gula di pasaran tak cukup;
tepung tak cukup;
minyak masak tak cukup;
harga ayam naik melambung;
harga telur ayam naik melambung!!!!


Gong Xi Fa Cai
senyap:
bekalan gula melambak di pasaran;
tepung melambak;
minyak masak melambak;
harga ayam di tahap terendah;
harga telur ayam di tahap biasa...


tiada kecoh dan bunyi bising,
tentang kekurangan bekalan;
yang bising cuma bunyi mercun
yang di bakar hingga ke larut malam;


...pun tiada bunyi bising dan tangkapan;
walaupun jelas mengganggu ketenteraman!!!
rama-rama
Labels: 0 comments | edit post
rama-rama
14th. february
mama

rama-rama
sekarang ini. kemana kita pusing nampak warna oren..
ya!!..musim limau mandarin telah kembali
gerai-gerai menjual mandarin tumbuh macam cendawan;
di merata ceruk dan simpang..
begitu juga di kedai runcit, pasar dan mini-market;
supermarket dan hypermarket;
limau mandarin di jual bertimbun timbun.

semua orang angkut limau mandarin ni;
cina angkut
melayu angkut,
india pun angkut.
datuk najib patut guna limau mandarin ni;
sebagai agen untuk promote '1 Malaysia'

kat ofis aku pun banyak limau mandarin
walaupun ofis tak ade staff cina;
tapi supplier ramai orang cina.
jadi mereka pun hantar berkotak kotak ke ofis;
tiap kali 'lunch' kami jamu pekerja makan mandarin,
malayu makan,
bangla makan,
indon pun makan.
dah seminggu dah kami jamu staff;
tapi masih belum habis;
sebab tiap hari ada stok baru yang sampai;
dah nak muntah makan limau mandarin....

kepada semua sahabat kaum Cina;
jiran rumah depan yang ada lapan kereta;
jiran sebelah yang katanya bekerja,
 tapi tak pernah keluar rumah;

saya ucapkan:

GONG XI FA CAI!
rama-rama
pada 30 Januari yang lepas, Masjid al- Mukarramah, Bandar Sri Damansara telah mengadakan satu siri seminar bertajuk 'Sains Solat'. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Imam Masjid Al-Mukarramah (MAM)  Ustaz Mhd Faizal bin Mhd Ramli Al-Hafiz, dan disempurnakan dengan perasmian oleh Tuan Nazir MAM, Syeikh Ahmad Nawawi Ghazali. Turut hadir bergandingan bersama Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim ialah Ustaz Haji Muhammad Azman Husin. Beliau yang merupakan pegawai Akademi Zakat Selangor  turut hadir sebagai pembentang seminar berkenaan ” Sifat Solat Nabi S.A.W”.

Seminar, melalui kertas kerja Ustaz Muhammad Azman telah mengupas sifat-sifat solat serta pergerakan solat yang betul mengikut sunnah Rasulullah saw. , manakala Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim membentangkan hasil kajian sains mengenai fadhilat serta mukjizat setiap pergerakkan di dalam solat. 

Unit pengkajian ' Projek Penyelidikan Biokejuruteraan Solat, Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya' yang di ketuai oleh Profesor Madya Dr Fatimah telah juga menerbitkan beberapa buah buku hasil kajian mereka. Sila layari http://cmimems.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut.



ulasan : selama ini ramai diantara kita yang tidak mengambil berat mengenai pergerakkan solat kita, samaada betul dan mengikut sunnah Rasulullah saw.

seminar ini telah membuka mata saya akan betapa Agung nya agama kita Islam, hinggakan setiap pergerakkan di dalam solat, kalau dilakukan dengan betul dan mengikut sunnah Rasulullah saw. mempunyai fadhilat dan mukjizat tersendiri terutama dari segi kesihatan.

Usaha yang di buat oleh Prof Madya Dr Fatimah dan kumpulan penyelidik dari Universiti Malaya ini patut menerima, pujian , sokongan serta pengiktirafan semua muslimin & muslimat.

Oleh kerana dunia kini di iktiraf sebagai 'dunia sains & teknologi' , hasil kajian ini, jika mendapat pengiktirafan dari badan dunia yang berwajib, nescaya akan menjadi satu alat atau
'tool' yang efektif dalam usaha mendakwah atau menarik minat masyarakat bukan Islam terhadap agama kita yang suci ini, InsyaAllah .
rama-rama
Petikan dari Kitab '40 hadis Penawar Hati' susunan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi

Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubaid al-Aslami radhialllahu anhu berkata : Bersabda Rasulullah saw. :
"Belum berganjak lagi kedua kaki seorang hamba (dihadapan Allah swt. pada hari qiamat), sehingga terlebih dahulu ia akan di tanya tentang umurnya, untuk apa di habiskannya, dan akan di tanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan di tanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya)"

H.R Tirmizi

Keterangan : Rasanya susah sekali pertanyaan diatas untuk dijawab. Namun pada hari itu semua pertanyaan ini mesti di jawab dengan jawapan yang baik dan benar. Kita pasti akan berkata benar pada waktu itu. Tidak ada seorang pun yang berani berdusta di hadapan Allah swt. Jikalau mulut cuba berdusta, maka Allah swt. akan menguncinya dan mempersilakan anggota badan yang lain pula untuk bercakap. Maka kaki, tangan dan semua anggota badan akan bercakap dengan benar untuk mengakui segala apa yang pernah di lakukan sewaktu di dunia dahulu, saperti firman Allah dalam Surah Yaasin, ayat 65 yang membawa maksud;

"Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu telah mereka lakukan"
Surah Yaasin Ayat 65

Maka sudahkah kita bermuhasabah, sudahkah kita memperhitungkan diri sebelum diperhitungkan dihadapan Allah swt. kelak. Kalau sudah, teruskan dan bersyukurlah. Kalau belum, berbuatlah demikian sebelum terlambat.
rama-rama
sekarang hampir semua orang menyertai 'social web site'
sama ada join facebook, myspace atau friendster
macam macam yang orang tulis dalam 'site' ini
ada yang mengeluh, marah, sedih, gembira
ada yang gunakan 'site' untuk melakukan temu janji,
networking & mempromosi perniagaan.

juga site ini ada banyak online game
ada mafia wars, farmville dll.,

tapi ada juga orang yang bangang ketika menggunakan kemudahan ini;
contoh si minah di bawah ni;
mengeluh dan membebel pasal kerja dan keaadaan di pejabat;
maki hamun dan mencemuh boss dalam facebook;
tak disangka, boss sampai menjenguk,
dah kantoiii.......


ulasan : berhati-hati dengan apa yang ada tulis dalam 'social web-site' saperti facebook, myspace & friedster kerana anda tidak tahu sejauh mana networking akaun anda. Mungkin mereka yang tidak anda sangkakan boleh melayari akaun anda.
rama-rama
the most 'over-rated' password in Malaysia today;
"mokhtar"


baca sini , sini &  sini
Labels: 0 comments | edit post