rama-rama
Friday, September 11, 2009

semalam saya terjumpa seorang rakan lama... Oleh kerana terlalu lama tak berjumpa ia itu lebih kurang 3 tahun maka kami pun bertukar-tukar info mengenai rakan rakan yang lain yang juga agak lama tidak di temui.

apabila melihat keaadaan saya yang dah "lain" akibat kemalangan jalan raya, dia pun bercerita mengenai seorang lagi rakan yang baru juga menemui kemalangan jalan raya. dia pun menceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku... dan menurut beliau, kawan kita tu kate yang ketika kemalangan dia tidak memandu laju!!!

maka saya pun teringat lah segala cerita-cerita yang saya dengar dari ramai mangsa mangsa kemalangan jalanraya selama lebih dua bulan (keluar masuk) saya berada di wad 4 HKL sewaktu saya kemalangan dahulu...cerita nya sama ... semua yang kemalangan berkata.."saya tak laju pun masa tu bang!!!" ... "saya bawak slow je bang!" ..."saya ikut speed limit bang!!"

apapun yang jelas semua mereka yang merengkok kad wad akibat kemalangan jalan raya tu ...tak laju!!!

..and that includes me!!! ....hehe
rama-rama
Wednesday, September 9, 2009

090909
Labels: 0 comments | edit post