rama-rama
Thursday, August 27, 2009

saya terdengar cerita ini di satu tazkirah di TV semalam.. Ia mengisahkan mengenai seorang anak yang mengembara pulang ke rumah bersama ayahnya dengan menarik seekor kuda...
Maka terserempaklah mereka dengan sekumpulan manusia yang menegur kebodohan mereka kerana tidak menunggang kuda tersebut. Si ayah berfikir dan berkata ada betulnya teguran itu..maka si ayah dan anak pun menaiki kuda dan meneruskan perjalanan.
Kemudian mereka terserempak pula dengan sekumpulan manusia lain yang pula menegur akan kekejaman mereka keatas kuda tersebut. Maka berfikir lah si ayah dan mengakui kebenaran teguran tersebut. Maka si ayah pun turun dan membiarkan anaknya terus menunggang kuda dan meneruskan perjalanan.
Sampai disuatu tempat, terserempak pula mereka dengan sekumpulan manusia yang mengutuk si anak kerana tidak mengasihani dan menghormati ayahnya yang lebih tua yang sepatutnya menunggang kuda dan si anak sepatutnya berjalan. Memikirkan kebenaran teguran itu, sianak pun turun dari kuda dan menyuruh ayahnya menunggang. Mereka meneruskan perjalanan hingga ke destinasi.
Setelah sekian lama perjalanan maka sampai lah mereka kerumah. Mereka telah di sambut oleh isteri serta ahli kelurga yang lain. Tapi malang, siayah telah dimarahi dan di tegur oleh isteri serta ahli keluarga yang lain atas sikap tidak bertimbang rasa beliau membiarkan anaknya berjalan sedangkan dia bersenang lenang menunggang kuda........
Labels: edit post
0 Responses

Post a Comment